Senin, 05 Desember 2011

ABDUL GHANI BIN SALLEH - Ahli Falaq


ABDUL GHANI BIN SALLEH


Lahir di Kampung Paya Keladi, Kuala Terengganu tahun 1929. Kini menetap di alamat 25, Jalan Bakti, Off Jalan Kamaruddin, 20400 Kuala Terengganu. Mendapat pendidikan di Sekolah Rendah, Paya Bunga, Kuala Terengganu. Memulai dengan kerjaya sebagai nelayan kini dikenali sebagai ahli falak syarie yang berkebolahan. Dengan ilmu yang ada beliau telah banyak memberikan khidmat dalam memperkembangkan ilmu ini dengan mengajarkannya di Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura. Kerana kepakarannya itu selalu juga beliau diundang ke Persidangan Antarabangsa dalam bidang ilmu falak.

Pencapaiannya dalam ilmu falak syarie dengan menggunakan peralatan baru sangat memudahkan pelajar yang berminat untuk mempelajari ilmu ini. Keikhlasannya untuk mengajar ilmu ini sungguh mengkagumkan.
Pernah menjadi pensyarah ilmu falak di Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) 1986 - 1996 juga bekas pesara penguasa penjara pada 31.12.1984 ini telah berjaya menghasilkan bermacam-macam jenis buku mengenai penentuan dan perbandingan bulan Hijrah dan Masihi.
Antara terbaik setakat ini ialah buku taqwin istilah 0001 Hijrah ke 1,500 Hijrah dan Masihi setebal 1,501 muka terbitan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu pada 1992 (1413 Hijrah) itu dijual dengan harga RM70. Ianya bermula daripada 1.1.0001 Hijrah bersamaan 16.7.622 Masihi hingga 29.12.1500 Hijrah bersamaan 16.11.2077 Masihi.

Sumbangan:
1949- Warder Penjara, Penjara Kuala Terengganu (sekarang tapak Perhentian Bas Majlis Perbandaran Kuala Terengganu),
1950-bertukar ke Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan,
1963 -bertukar ke Sekolah Latihan Pegawai-pegawai Penjara, Taiping, Perak,bertugas sebagai Pensyarah Undang-Undang dan Peraturan Penjara.
1976 bertukar ke Penjara Kuantan, Pahang.
1978 bertukar ke Penjara Pengkalan Chepa dan menjadi Kem Komander di Pulau Bidong (1979).
1980 bertukar ke Pusat Pemulihan Akhlak Pulau Jerejak, Pulau Pinang. 31.12.81- Bersara wajib dari Jabatan Penjara sebagai Pengasas Penjara.
1985 - Mengajar Ilmu Falak Syarie di Yayasan Islam Terengganu, Sekolah Menengah
Agama Atas Sultan Zainal Abidin, Batu Burok dan Pusat Islam Malaysia (JAKIM).
1986 – 1996 mengajar Ilmu Falak Syarie di Kolej Agama Sultan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Terengganu secara sambilan dan kontrak.
1988 - Mengajar Ilmu Falak Syarie di bawah Kementerian Hal Ehwal Agama Negara
Brunei Darussalam.
1992 mengajar Ilmu Falak Syarie di Majlis Agama Islam Singapura (MUIS).
1995 mengajar Ilmu Falak Syarie di Selatan Thailand dan 1998 mengajar Ilmu Falak Syarie di Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia.
1999- Mengajar Ilmu Falak Syarie di INSANIAH Taman Wira Mergang, Jalan Sultanah, Alor Setar, Kedah selama dua tahun (kontrak).
Tokoh yang mempunyai 12 orang anak iaitu 6 lelaki dan 6 perempuan ini mendapat didikan ilmu Falak daripada Ustaz Haji Mohd Khair bin Haji Mohd Taib di Pusat Islam Malaysia tahun 1983 / 1984 (sebelum bersara). Juga diperolehi di Indonesia dalam tahun 1985. Mempunyai hobi mengembara ini memudahkan beliau menyambut seruan tugas ke seluruh pelusuk tanah air dan luar negeri juga, terutama di negara ASEAN.
Malah beberapa buah agensi seperti Esso pernah memintanya menyediakan waktu solat di pelantar minyak laut Terengganu kerana waktu di daratan dan di lautan, juga di dalam pesawat waktu solat berbeza-beza.

Sesungguhnya minatnya yang begitu mendalam terhadap Ilmu Falak itu tidak dapat dikawal. Apa lagi tidak banyak aktiviti yang dapat dilakukan semasa bertugas di Pulau Jerjak. Dalam masa yang sama pula, beliau sering mendengar kakitangan dari jabatan agama yang mengajar banduan tentang Ilmu Falak sehingga beliau sanggup berulang alik ke Pusat Islam di Kuala Lumpur untuk mendalami ilmu tersebut.
Berkat kesabarannya dan ketekunannya mengambil cuti khas untuk belajar, beliau kini lebih dikenali sebagai ahli Falak yang baik dan bukan penguasa penjara.
Abdul Ghani yang mempunyai berbagai-bagai jenis alat moden dan canggih untuk mengajar ilmu falak kepada sesiapa yang berminat.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar